Scan QR code di bawah untuk mendapatkan maklumat terkini daripada Kementerian Kesihatan Malaysia tentang wabak COVID-19.
Selari dengan inisiatif kerajaan perihal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 – 31 Mac 2020, Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertarikh 17 Mac 2020, di NCARE kami ingin berkongsi maklumat berguna di saat masa genting ini selari dengan seruan ketua negara kita.
“… saya tidak mungkin dapat melaksanakan tugas ini bersendirian. Saya memerlukan sokongan anda semua. Saya memerlukan sokongan para doktor, jururawat, polis, pekerja swasta, pelajar universiti dan saudara saudari sekalian untuk membendung wabak COVID-19 daripada menular di negara kita ini.”
– Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia.
Pandemik Novel Virus Korona COVID-19 boleh merebak dari manusia ke manusia. Kerajaan menegaskan jika berlaku gejala-gejala awal seperti di bawah, dinasihatkan untuk segera ke Jabatan Kesihatan untuk menjalankan pengesanan kotak COVID-19.
GEJALA-GEJALA FIZIKAL COVID-19
Hari 1 – 3
Simtom sama seperti demam biasa:
- Batuk-batuk dan selesema biasa
- Sedikit sakit tekak
- Cirit-birit ringan
Hari ke-4
- Sakit tekak mula meningkat
- Suara mula menjadi serak
- Suhu badan makin meningkat
- Rasa tidak selesa di tekak apabila makan dan minum
- Sakit kepala yang ringan
- Cirit-birit meningkat
Hari ke-5
- Sakit tekak makin melarat
- Suara semakin serak
- Mula rasa sakit di bahagian badan yang lain
- Lemah badan, sakit sendi dan otot
Hari ke-6
- Demam meningkat (37 darjah)
- Batuk kering dan sakit tekak makin melarat
- Susah bernafas
- Badan lemah lesu, sakit sendi mula menular ke tangan
Hari ke-7
- Demam makin teruk (38 darjah)
- Batuk berkahak dan tekak terasa perit
Hari ke-8
- Sesak nafas yang teruk
- Dada terasa sangat berat
- Suhu meningkat mendadak melebihi 38 darjah
Hari ke-9
Kesemua simtom yang disebut kini melonjak ke tahap kritikal
Sekiranya mengalami symptom-simtom di atas, sila hubungi Jabatan Kesihatan berdekatan untuk mendapatkan nasihat pakar kesihatan.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Kongsi artikel ini dengan teman-teman anda di Twitter, FB & Instagram
#NCIGCares
Pesanan Khidmat Masyarakat